Dalil dan Firman Allah yang bermaksud :
" Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." [ An-Nisaa’: 136 ]
Dari ayat diatas Rukun Iman disebutkan hanyalah lima perkara iaitu
- Percaya kepada Allah
- Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
- Percaya kepada Malaikat-Malaikat
- Percaya kepada Kitab-Kitab
- Percaya kepada Hari Akhirat
- Percaya kepada Qada' dan Qadar
Dalil Hadis tentang Rukun Iman :
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
“ | " Pada suatu hari, Rasulullah saw. muncul di antara kaum muslimin. Lalu datang seorang laki-laki dan bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Iman itu? |
ALLAH adalah perkataan dalam bahasa Arab yang merujuk kepada Tuhan Yang Satu. Kata Allah digunakan secara khusus untuk merujuk kepada Tuhan Yang Satu, yang telah mencipta, mentadbir dan memilik alam semesta. Perkataan Allah digunakan dalam agama Islam, Yahudi dan Kristian dalam bahasa Arab. Dalam terjemahan Bible bahasa Melayu, perkataan Allah turut digunakan sebagai ganti perkataan Inggeris Lord. Tetapi perkataan Allah dalam terjemahan Bible bahasa Melayu masih diperdebatkan.
Perkataan Allah tidak boleh digunakan untuk menggambarkan jamak (banyak) atau melambangkan apa-apa jantina, atau dinamakan untuk apa-apa yang selain dari Tuhan. Asal perkataan Allah dari dua perkataan Arab; (Al-) yang memberi erti khusus dan (-ilah) memberi erti Tuhan. Sebaik-baik translasi perkataan Allah itu ialah Tuhan yang ESA. Perlu juga ditekankan disini, bahawa usul perkataan Allah itu timbul dari kata buat Arab ta'allaha (atau alaha) yang memberi maksud yang disembah. Oleh itu, perkataan Allah itu boleh juga bermaksud: satu-satunya yang layak disembah.
Perlu difahamkan bahawa Allah, Tuhan yang satu, yang disembah oleh umat Islam adalah Tuhan yang sama yang disembah oleh pengikut Yahudi dan Nasrani.
Islam menolak penjelmaan Tuhan didalam rupabentuk manusia atau sesuatu apa jua pun. Tiada konsep individu terpilih atau bangsa terpilih dalam Islam. Setiap manusia, tanpa mengira apa-apa tercipta dengan keadaan fitrah sama adil. Yang membezakan darjat masing-masing pada sisi Allah adalah amal dan ketakwaan individu itu sendiri.
Contoh kata-kata yang menggunakan kata Allah:
- Allahu Akbar (الله أكبر) (Allah Maha Besar)
- Bismillah (بسم الله ) (Dengan nama Allah)
- Ya Allah (يا الله) (Wahai Allah)
- Insya Allah (إن شاء الله) (Jika dikehendaki Allah)
- Masya Allah (ما شاء الله) (Apa yang Allah kehendaki)
- Subhan Allah (سبحان الله) (Maha Suci Allah)
- Alhamdulillah (الحمد لله) (Pujian bagi Allah)
- Allahu A`lam (الله أعلم) (Allah lebih mengetahui)
- Jazaka Allahu Khairan (جزاك الله خيراً) (Semoga Allah membalas kamu dengan kebaikan)
Orang Islam tidak cuba menggambarkan Allah dalam apa cara sekalipun. Sebaliknya mereka hanya dituntut supaya beriman iaitu percaya dan membenarkan segala nama serta sifat Allah yang dinyatakan dalam nas-nas al-Quran dan Hadith yang jelas tanpa sebarang perincian, pengurangan, penyerupaan atau pengubahsuaian, sebaliknya beriman dengan semua nama dan sifat Allah yang telah dijelaskan sendiri oleh Allah dan RasulNya.
Beriman kepada Allah adalah Rukun Iman yang pertama. Beriman kepada Allah merangkumi tiga aspek keimanan iaitu:
1- Tauhid Ar-Rububiyyah
2- Tauhid Al-Uluhiyyah
3- Tauhid Al-Asma' Was-Sifat
MALAIKAT merupakan jamak dari kata Arab malak (ملاك) yang bererti kekuatan. Jadi malaikat adalah kekuatan-kekuatan yang patuh pada ketentuan dan perintah Allah.
Malaikat dalam Islam, merupakan hamba dan ciptaan Allah yang dijadikan daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak. Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah. Sebagai contoh malaikat datang kepada kaum Lut menyerupai lelaki yang kacak (Surah Hud 11, ayat 78). Malaikat dikatakan mempunyai sayap dan mampu terbang dengan laju (sesuai dengan dengan cahaya yang bergerak laju).
Beriman dengan tafsil adalah beriman akan setiap satu daripada mereka secara berasingan dan bukan mempercayai mereka itu sebagai satu (contoh: satu kumpulan) dan percaya yang tiap satunya adalah malaikat. Berikut adalah sepuluh malaikat yang wajib diketahui secara tafsil.
Malaikat wajib
Di antara para malaikat yang wajib setiap orang Islam ketahui sebagai salah satu Rukun Iman adalah :-
Nama | Arab | Tugas |
جبرائيل/جبريل | Menyampaikan wahyu Allah. | |
ميكائيل | Menyampaikan/membawa rezeki yang ditentukan Allah. | |
إسرافيل | Meniup sangkakala apabila diperintahkan Allah di hari Akhirat | |
عزرائيل | Mencabut nyawa. | |
منكر | Menyoal mayat di dalam kubur. | |
نكير | Menyoal mayat di dalam kubur. | |
رضوان | Menjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga. | |
مالك | Menjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka. | |
رقيب | Mencatat segala amalan baik manusia. | |
عتيد | Mencatat segala perlakuan buruk manusia. |
Dari nama-nama malaikat di atas hanya tiga yang disebut dalam Al Qur'an, yaitu Jibril (QS 2 Al Baqarah : 97,98 dan QS 66 At Tahrim : 4), Mikail (QS 2 Al Baqarah : 98) dan Malik (QS Al Hujurat). Sedangkan Israfil, Munkar dan Nakir disebut dalam Hadits.
Nama Malaikat Maut, Izrail, tidak ditemukan sumbernya baik dalam Al Quran mahupun Hadits. Kemungkinan nama malaikat Izrail didapat dari sumber Israiliyat. Dalam Al Qur'an dia hanya disebut Malaikat Maut.
Walau namanya hanya disebut dua kali dalam Al Qur'an, malaikat Jibril juga disebut di banyak tempat dalam Al Qur'an dengan sebutan lain seperti Ruhul Qudus, Ruhul Amin dan lain lain.
Beriman kepada malaikat yang ajmal ialah percaya akan wujudnya malaikat yang lain selain daripada sepuluh malaikat yang wajib diketahui tersebut dan wujudnya beberapa malaikat lain yang tidak diketahui berapa bilangannya melainkan Allah.
Antara malaikat yang wajib diketahui secara ajmal ialah malaikat pemegang atau yang menanggung Arasy iaitu empat malaikat dan pada hari akhirat akan ditambah sebanyak empat lagi menjadikannya lapan malaikat penanggung arasy. Juga diketahui akan wujudnya malaikat penjaga manusia atau Hafzah.Ia juga sering digelar Qarin. Qarin turut wujud dalam bentuk syaitan. Berikut merupakan malaikat lain selain daripada 10 yang wajib diketahui ialah:
- Malaikat Zabaniyah - 19 malaikat penyeksa didalam neraka
- Hamalatul Arsy - empat malaikat penanggung Arasy Allah (pada hari kiamat jumlahnya akan ditambah empat menjadi lapan)
- Malaikat Rahmat (kitab Daqoiqul Akhbar)
- Malaikat Kiraman Katibin - pencatat amal baik dan buruk
- Malaikat Harut dan Marut
Dalam Islam, Iman kepada malaikat adalah salah satu Rukun Iman. Beriman kepada malaikat adalah percaya dan membenarkan dengan hati bahawa malaikat Allah SWT benar-benar wujud. Malaikat bersifat ghaib, tidak dapat dilihat oleh mata kasar, tetapi dapat diketahui dan difahami secara majaz(metafora), seperti adanya wahyu yang diterima oleh para nabi dan rasul. Para nabi dan rasul menerima wahyu melalui perantara malaikat Allah SWT.
Iman kepada malaikat merupakan Rukun Iman yang ke-2. Rukun Iman yang 6 merupakan kesatuan yang tidak dapat dipisah-pisahkan, juga tidak dapat dipilih-pilih. Sehingga tidak disebut orang beriman jika tidak meyakini salah satu dari Rukum Iman tsb. Dalam H.R. Muslim, Rasulullah bersabda:
Iman itu ialah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari akhirat, serta engkau beriman kepada takdir baik mahupun buruk. (Hadis Riwayat Muslim)
NABI dalam Islam merujuk kepada orang yang diberi wahyu (ajaran Islam yang mengandungi peraturan tertentu) oleh Allah sebagai panduan hidup, sementara rasul pula adalah nabi yang diperintahkan Allah untuk menyampaikan wahyu tersebut kepada manusia sejagat pada zamannya. Rasul dan nabi terakhir ialah Nabi Muhammad yang ditugaskan untuk menyampaikan Islam dan peraturan yang khusus kepada manusia di zamannya sehingga hari kiamat. Selepas kewafatannya, tugasnya itu disambung oleh orang Islam yang menjadi pengikutnya. Sebagai seorang Islam, perlu patuh kepada Rukun Iman yang kedua iaitu percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul.
Iman terhadap para Rasul. Iman terhadap Rasul (Nabi Muhammad s.a.w.) dalilnya aqli, kerana pengetahuan akan Al-Quran sebagai kalam Allah dan ia dibawa oleh Rasul (Nabi Muhammad s.a.w.) adalah sesuatu yang dapat diindera. Dengan mengindera Al-Quran dapat diketahui bahawa Muhammad itu Rasulullah. Hal itu dapat dijumpai sepanjang zaman dan setiap generasi.
Sedangkan Iman terhadap para Nabi dalilnya adalah naqli, kerana dalil (bukti) kenabian para Nabi –iaitu Mukjizat-Mukjizat mereka- tidak dapat diindera kecuali oleh orang-orang yang sezaman dengan mereka. Bagi orang-orang yang datang setelah mereka hingga zaman sekarang bahkan sampai kiamat pun, mereka tidak menjumpai mukjizat tersebut. Bagi seseorang tidak ada bukti yang dapat diindera atas kenabiannya. Kerana itu bukti atas kenabiannya bukan dengan dalil aqli melainkan dengan dalil naqli.
Lain lagi bukti atas kenabian (Nabi Muhammad s.a.w.) yang berupa mukjizat beliau. Mukjizat tersebut (selalu) ada dan dapat diindera, iaitu Al-Quran. Jadi dalilnya adalah aqli.
Antara para nabi dan rasul yang wajib orang Islam ketahui ialah:
- Nabi Adam a.s.
- Nabi Idris a.s.
- Nabi Nuh a.s.
- Nabi Hud a.s.
- Nabi Salih a.s.
- Nabi Ibrahim a.s.
- Nabi Luth a.s. (anak saudara Nabi Ibrahim a.s)
- Nabi Ismail a.s. (anak Nabi Ibrahim a.s.)
- Nabi Ishaq a.s. (anak Nabi Ibrahim a.s.)
- Nabi Ya'akub a.s.
- Nabi Yusuf a.s. (anak Nabi Ya'akub a.s.)
- Nabi Ayub a.s.
- Nabi Syu'aib a.s.
- Nabi Musa a.s.
- Nabi Harun a.s. (saudara Nabi Musa a.s.)
- Nabi Zulkifli a.s.
- Nabi Daud a.s.
- Nabi Sulaiman a.s. (anak Nabi Daud a.s.)
- Nabi Ilyas a.s.
- Nabi Ilyasa’ a.s.
- Nabi Yunus a.s.
- Nabi Zakaria a.s.
- Nabi Yahya a.s. (anak Nabi Zakaria a.s. & duapupu kepada Nabi Isa a.s)
- Nabi Isa a.s.
- Nabi Muhammad s.a.w.
KITAB (Bahasa Arab: کتاب) salah satu daripada Rukun Iman di dalam agama Islam adalah percaya kepada kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah. Orang Islam percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada para nabi dan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Ia diakhiri dengan kitab Al-Quran.
Kitab-kitab yang wajib diimani adalah:
- Taurat: diturunkan kepada Nabi Musa a.s.
- Zabur: diturunkan kepada Nabi Daud a.s.
- Injil: diturunkan kepada Nabi Isa a.s.
- Al-Quran: diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Orang Islam percaya bahawa pada masa kini, kitab-kitab selain Al-Quran telah diubahsuai mengikut kehendak pihak-pihak tertentu; maka ia bukan lagi merupakan naskah-naskah yang tulen. Al-Quran menyempurnakan segala kitab-kitab yang terdahulu.
Iman terhadap Kitab-Kitab Allah SWT dapat dihuraikan sebagai berikut. Jika yang dimaksud adalah Iman terhadap Al-Quran maka dalilnya aqli, kerana Al-Quran dapat diindera dan dijangkau. Demikian pula kemukjizatan Al-Quran dapat diindera sepanjang zaman.
Tetapi jika yang dimaksud adalah iman terhadap kitab-kitab selain Al-Quran, seperti Taurat, Injil dan Zabur, maka dalilnya adalah naqli. Alasannya bahawa Kitab-Kitab ini adalah dari sisi Allah SWT tidak dapat dijangkau (keberadaannya) sepanjang zaman. Kitab-Kitab tersebut adalah dari sisi Allah SWT dan dapat dijangkau keberadaanya tatkala ada Rasul yang membawanya sebagai mukjizat. Kemukjizatannya berhenti saat waktunya berakhir. Jadi, mukjizat tersebut tidak boleh dijangkau oleh orang-orang (pada masa) setelahnya.
Namun sampai kepada kita berupa berita yang mengatakan bahawa kitab tersebut berasal dari Allah SWT dan diturunkan kepada Rasul. Kerana itu dalilnya naqli bukan aqli, kerana akal - di setiap zaman - tidak mampu menjangkau bahawa kitab itu adalah kalam Allah SWT dan akal tidak mampu mengindera kemukjizatannya.
HARI AKHIRAT (يوم القيامة) merupakan hari di mana manusia akan diadili dan diberikan pembalasan yang sewajarnya dengan perbuatan mereka semasa mereka hidup. Hari akhirat merupakan waktu yang berlaku selepas berlakunya hari kiamat.Kepercayaan kepada hari akhirat adalah merupakan kepercayaan asas kepada agama yang berasal dari Nabi Ibrahim a.s. atau agama Samawi, iaitu agama Yahudi, Kristian dan Islam. Percayakan Hari Akhirat juga merupakan salah satu dari Rukun iman bagi penganut agama Islam
QADA & QADAR adalah mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah semata-mata. Sebagai seorang Islam wajiblah kita sedar bahawa kita adalah makluk yang lemah, bahawa Allah itulah yang maha Perkasa dan maha Berkuasa dan segala sesuatu adalah berlaku dengan ketetapanNya sahaja. Lantaran itu kita wajib beriman kepada takdir, bahawa segala sesuatu telah ditentukan oleh Allah. Walaupun begitu kita masih boleh berusaha dan berdoa kerana dengan limpah rahmatnya, Allah mampu mengubah takdir kita.
Post a Comment