Muhammad Dalam Kitab Bible

Penjanjian Lama( Torah )

Nabi Muhammad SAW diceritakan akan kehadiran baginda sebagai Nabi & Rasul melalui Al-Quran Kitab Allah SWT……….

“Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.[Al-A’raf : 157 ]


1.Nabi Muhammad SAW di khabarkan akan kedatangan baginda melalui Kitab Ulangan Bible

Dari bangsa mereka sendiri Aku akan mengutus kepada mereka seorang nabi seperti engkau(Musa). Aku akan mengatakan kepadanya apa yang harus dikatakannya, lalu ia akan menyampaikan kepada bangsa itu segala yang Kuperintahkan.[ Ulangan 18 : 18 ]

Walaubagaimanapun Penganut Kristian percaya bahawa ayat di atas dirujuk kepada kedatangan Nabi Isa AS@Jesus PBUH. Ini kerana Nabi Musa AS@Moses PBUH adalah dari bangsa yahudi & seorang Nabi, sama seperti Nabi Isa AS@Jesus PBUH. Walaupun kemudian mereka percaya pula Nabi Isa AS@Jesus PBUH adalah Tuhan…..permainan apakah ini? Sebelumnya seorang Nabi dan selepasnya pula Tuhan?

Jika kedua criteria tersebut diambil kira untuk memenuhi syarat ayat di atas, maka semua Para Nabi dalam Bible yang lahir selepas Nabi Musa@Moses PBUH memenuhi syarat seperti Solomon, Isaiah, Ezekiel, Daniel, Hosea, Joel, Malachi, John mazhab Baptis, dan sebagainya. Mereka semua adalah Nabi dan dari bangsa yahudi. Persoalannya, siapakah Nabi yang bakal datang selepas Nabi Musa@Moses PBUH dan sama seperti Nabi Musa?

Jawapannya adalah Nabi Muhammad SAW yang sama seperti Nabi Musa@Moses PBUH :

· Kedua Nabi mempunyai Ibubapa manakala Nabi Isa AS@Jesus PBUH tidak mempunyai ayah kerana lahir dari wanita perawan. [ Matius 1:18 & Lukas 1:35 dan Al-Qur'an 3:42-47 ]

· Kedua Nabi membesar seperti orang biasa, manakala Nabi Isa AS@Jesus PBUH boleh bercakap semasa dalam buaian.

· Kedua Nabi menerima wahyu di kawasan pergunungan….Tursina(Musa) & Gua Hira(Muhammad), manakala Nabi Isa AS@Jesus PBUH telah menerimanya sejak lahir.

· Kedua Nabi mempunyai anak & mendirikan rumah tangga, manakala Nabi Isa AS@Jesus PBUH tidak berkahwin dan tiada anak.

· Kedua Nabi wafat & dikebumikan, manakala Nabi Isa AS@Jesus PBUH diangkat kelangit.

Nabi Muhammad SAW adalah saudara Nabi Musa AS@Moses PBUH kerana keturunan arab adalah saudara kepada keturunan yahudi. Ini kerana Nabi Ibrahim AS@Abraham PBUH mempunyai dua orang anak iaitu Nabi Ismail AS@Esmail PBUH( Moyang Arab ) dan Nabi Isyak AS@Isacc PBUH( Moyang Yahudi).


Mengajar Agama Tauhid dari Wahyu Allah

Nabi Muhammad SAW tidak tahu menulis & membaca semua pengetahuan baginda adalah dari Wahyu Allah SWT kepada baginda bukan melalui kata2 dan kehendak baginda sendiri.

……..Aku akan mengatakan kepadanya apa yang harus dikatakannya, lalu ia akan menyampaikan kepada bangsa itu segala yang Kuperintahkan.[ Ulangan 18 : 18 ]

· Kedua Nabi adalah Pemimpin Agama & Ketua Negara semasa hayat mereka. Keduanya menjalankan hukum kepada umat & rakyat mereka. Manakala Nabi Isa AS@Jesus PBUH pula bukan pemerintah semasa hayat baginda…. Yesus berkata, "Kerajaan-Ku bukan dari dunia ini. Andaikata kerajaan-Ku dari dunia ini, orang-orang-Ku akan berjuang supaya Aku jangan diserahkan kepada para penguasa Yahudi. Tetapi memang kerajaan-Ku bukan dari dunia ini!"[ Yohanes 18 : 36 ]

· Keduanya diterima & diakui sebagai Nabi & Utusan Allah semasa hayat mereka, tetapi Nabi Isa AS@Jesus PBUH ditolak sebagai seorang Nabi semasa hayat baginda… Ia datang ke negerinya sendiri tetapi bangsanya tidak menerima dia.[ Yohanes 1 : 11 ]

· Kedua Nabi membawa peraturan baru & hukum-hukum baru, manakala Nabi Isa AS@Jesus PBUH tidak membawanya sebaliknya menegakkan Hukum dari ajaran Nabi Musa AS@Moses PBUH. "Janganlah menganggap bahwa Aku datang untuk menghapuskan hukum Musa dan ajaran nabi-nabi. Aku datang bukan untuk menghapuskannya, tetapi untuk menunjukkan arti yang sesungguhnya.
Ingatlah! Selama langit dan bumi masih ada, satu huruf atau titik yang terkecil pun di dalam hukum itu, tidak akan dihapuskan, kalau semuanya belum terjadi![ Matius 5 : 17-18 ]


2.Nabi Muhammad SAW berbicara hanya dengan Nama Allah SWT

Kitab Ulangan Bible sekali lagi membuktikan bahawa Nabi Muhammad hanya mengajar Agama Allah & memuji Nama Allah SWT sendiri.

Ia akan berbicara atas nama-Ku, dan Aku akan menghukum siapa saja yang tidak mau mendengarkan dia.[ Ulangan 18 : 19 ]

Bukankah benar bahawa semua penganut Islam sebelum memulakan sesuatu kerja yang baik harus mengucapkan lafas ‘’ BismillahirRahmanirRahim” maksudnya Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Sekarang hanya kami Penganut Islam berbuat demikian, bagaimana dengan kalian penganut kristian?


3.Kedatangan Nabi Muhammad diceritakan Kitab Yesaya Bible

Jika dibawa kepada orang yang buta huruf, ia akan menjawab bahwa ia tidak bisa membaca.[ Yesaya 29 : 12 ]

Peristiwa ini juga dimuatkan dalam sejarah hidup Nabi Muhammad SAW ketika menerima wahyu pertama dalam Gua Hira. Apabila Malaikat Jibrail memeluk baginda & mengarahkan baginda “Iqra - Baca” lalu baginda menjawap ‘’Aku tidak pandai membaca’’

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.[ Al-Alaq : 1-5 ]


PenJanjian Baru (Bible)

Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad”. Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!”[ As-Saff : 6 ]

Kesemua tanda2 kedatangan Nabi Muhammad SAW baik dalam Penjanjian Lama @ Penjanjian Baru adalah untuk Penganut Yahudi & Penganut Kristian agar menerima Utusan Allah SWT untuk umat akhir zaman.

1.Yohanes 14 : 16

Aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan kepadamu penolong lain, yang akan tinggal bersama kalian untuk selama-lamanya.

2.Yohanes 15 : 26

Aku akan mengutus kepadamu Penolong yang berasal dari Bapa. Dialah roh yang akan menyatakan kebenaran tentang Allah. Apabila ia datang, ia akan memberi kesaksian tentang diri ku.

3.Yohanes 16 : 7

Tetapi aku mengatakan yang benar kepadamu: Lebih baik untuk kalian, kalau aku pergi; sebab kalau aku tidak pergi, penolong itu tidak akan datang kepadamu. Tetapi kalau aku pergi, aku akan mengutus dia kepadamu.

4.Yohanes 16 : 12-14

Banyak lagi yang mau kukatakan kepadamu, namun sekarang ini kalian belum sanggup menerimanya.

Tetapi kalau roh itu datang, yaitu dia yang menyatakan kebenaran tentang Allah, kalian akan dibimbingnya untuk mengenal seluruh kebenaran. Ia tidak akan berbicara dari dirinya sendiri tetapi mengatakan apa yang sudah didengarnya, dan Ia akan memberitahukan kepadamu apa yang akan terjadi di kemudian hari.

Ia akan mengagungkan Aku, sebab apa yang disampaikannya kepadamu, diterimanya daripada ku

Jika Roh Penolong itu Roh Kudus maka ia telah lama datang sejak zaman2 Para Nabi & Rasul terdahulu. Roh Kudus itu tidak lain hanya lah Malaikat Allah Jibrail AS yang ditugaskan Allah sebagai penyampai wahyu kepada Utusan Allah.

Persamaan Agama Islam & Kristian

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”.[ Ali-Imran : 64 ]

ISLAM berasal dari bahasa arab ertinya sejahtera , aman, harmoni dan dirujuk dari istilah memberi makna menyerah diri kepada Pencipta yang Maha Berkuasa dengan mentauhidkannya dengan penuh kenyakinan serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya.

Maksud Islam ialah , Agama ciptaan Allah yang lengkap lagi sempurna dengan segala peraturan dan undang-undang yang merangkumi penyususnan kehidupan manusia , baik yang mengenai orang perseorangan , kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan sekaligus menghubungkan manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam sejagat bagi menjamin kesejahteraan , keselamatan , kesempurnaan dan kebahgiaan di dunia dan akhirat .

Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.[ Ali-Imran : 19 ]

Islam bukan agama baru yang dicipta oleh Nabi Muhammad SAW tetapi agama asal semenjak Nabi Adam AS hingga kini. Cuma ia dahulunya tidak digelar Islam, namun ajarannya tetap sama iaitu beriman kepada Hanya Tuhan Yang Satu Allah Maha Esa.

Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh, dan Nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya; dan Kami juga telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub, serta Nabi-nabi keturunannya, dan Nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud: Kitab Zabur.[An-Nisa : 163 ]

Sudah menjadi lumrah setiap utusan Allah & agama yang dibawa mereka ditolak, malahan Para Nabi & Rasul Allah dihina sehina manusia, dituduh ahli sihir, diancam bahaya & dibunuh. Kerana ajaran mereka adalah ajaran Allah & Syaitan durjana menghasut hati manusia angkuh agar menolak Para Utusan ini.

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.[ Al-Maidah : 44 ]


Nabi Isa AS@Jesus PBUH adalah seorang Nabi dalam Bible

"Peristiwa apa?" tanya Yesus. "Peristiwa yang terjadi dengan Yesus, orang dari Nazaret itu," jawab mereka. "Ia nabi. Kata-kata-Nya dan perbuatan-perbuatan-Nya berkuasa sekali--baik menurut pandangan Allah maupun menurut pandangan semua orang.[ Lukas 24:19 ]

Yesus menjawab, "Aku diutus hanya kepada bangsa Israel, khususnya kepada mereka yang sesat." [ Matius 15:24 ]

Yesus menjawab, "Perintah yang pertama, ialah: 'Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa. [ Markus 12:29 ]

"Jangan pegang Aku," kata Yesus kepadanya, "karena Aku belum naik kepada Bapa. Tetapi pergilah kepada saudara-saudara-Ku, dan beritahukanlah kepada mereka bahwa sekarang Aku naik kepada Bapa-Ku dan Bapamu, Allah-Ku dan Allahmu."[ Yohanes 20:17 ]

Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan”.[ Ali-Imran : 55 ]


Nabi Isa AS@Jesus PBUH bukan Tuhan

Nabi Isa AS mengajak Bani Israel menyembah Tuhan yg Satu………………….

Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.[ Al-Maidah : 46 ]

"Aku tak dapat berbuat apa-apa atas kemauan-Ku sendiri. Aku hanya menghakimi sesuai dengan yang diperintahkan Allah. Dan keputusan-Ku adil, sebab Aku tidak mengikuti kemauan sendiri, melainkan kemauan Bapa yang mengutus Aku.[ Yohanes 5:30 ]

Dan Bapa yang mengutus Aku juga memberi kesaksian tentang Aku. Kalian belum pernah mendengar suara-Nya atau melihat rupa-Nya.[ Yohanes 5:37 ]

"Tidak ada yang tahu kapan harinya dan jamnya, malaikat-malaikat di surga tidak, Anak Allah pun tidak, hanya Bapa saja yang tahu.[ Matius 24:36 ]

Inilah hidup sejati dan kekal; supaya orang mengenal Bapa, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang diutus oleh Bapa. [ Yohanes 17:3 ]

Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ‘ ” Nabi `Isa menjawab: “Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.[ Al-Maidah : 116 ]

Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam”. Padahal Al-Masih sendiri berkata:” Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim”.[Al-Maidah : 72 ]


Allah adalah Tuhan semua Para Nabi & Rasul terdahulu…….

Nabi Ibrahim AS@Abraham PBUH dan Agama Allah………

Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan pula seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang jauh dari syirik dan kekufuran dan seorang muslim. Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang musyrik"[ Ali-Imran : 67 ]


Nabi Sulaiman AS@Solomon PBUH dan Agama Allah…………

"Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi)nya; Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang memeluk Islam"[ An-Naml : 30-31 ]


Nabi Yusuf AS@Joseph PBUH dan Agama Allah……..

"... Wafatkanlah aku dalam keadaan muslim dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh"[ Yusuf : 101 ]


Nabi Yaakub AS@Jacob PBUH dan Agama Allah……….

Nabi Yaakub berkata: “Aku akan meminta ampun bagi kamu dari Tuhanku; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.[Yusuf : 98 ]


Nabi Isa AS@Jesus PBUH dan Agama Islam…………

"Maka tatkala Isa mengetahui keingkaran mereka (Bani Israil) berkatalah dia: "siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah.?"Para Hawariyyun (sahabat-sahabat setia) menjawab: "kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah dan saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Muslim"[ Ali-Imran : 52 ]

Ingatlah kejadian-kejadian di zaman dahulu; akuilah bahwa Aku Allah, dan tak ada lainnya, Aku Allah, dan tak ada yang seperti Aku.[Yesaya 46:9 ]

Inilah hidup sejati dan kekal; supaya orang mengenal Bapa, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang diutus oleh Bapa.[ Yohanes 17:3 ]

Lihat pada ayat dibawah……sesiapa yg mematuhi Hukum Allah akan digelar anak2-Nya. Bukankah ayat itu mengesahkan anak2 Allah adalah Hamba2 Allah?

Berbahagialah orang yang membawa damai di antara manusia; Allah akan mengaku mereka sebagai anak-anak-Nya![ Matius 5:9 ]

supaya kalian menjadi anak-anak Bapamu yang di surga. Sebab Allah menerbitkan matahari-Nya untuk orang yang baik dan untuk orang yang jahat juga. Ia menurunkan hujan untuk orang yang berbuat benar dan untuk orang yang berbuat jahat juga. [ Matius 5:45 ]

Allah tidak seperti manusia yang gampang menyesal dan suka berdusta. Bila Allah berjanji, pasti Ia tepati! Bila Ia berbicara, tentu akan terlaksana![ Bilangan 23:19 ]

"Mengapa kaukatakan Aku baik?" tanya Yesus kepadanya. "Tidak ada yang baik, selain Allah sendiri. [ Lukas 18:19 ]

TUHAN mengirim utusan-utusan dan nabi-nabi-Nya kepada umat Israel dan Yehuda untuk menyampaikan peringatan ini: "Berhentilah berbuat jahat dan taatilah segala perintah dan hukum yang Kuberikan kepada leluhurmu dan kepadamu melalui para nabi, hamba-hamba-Ku itu."[ Raja-Raja 2 17:13 ]

Dari bangsa mereka sendiri Aku akan mengutus kepada mereka seorang nabi seperti engkau. Aku akan mengatakan kepadanya apa yang harus dikatakannya, lalu ia akan menyampaikan kepada bangsa itu segala yang Kuperintahkan. [ Ulangan 18:18 ]

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.[ Yusuf : 111 ]

Nabi Muhammad SAW meneruskan ajaran Para Nabi terdahulu termasuk Nabi Isa AS@Jesus PBUH

“Katakanlah: "Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa". Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya".” [Al Kahfi:110]

Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad”. Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!”[ As-Saff : 6 ]

Tetapi Aku mengatakan yang benar kepadamu: Lebih baik untuk kalian, kalau Aku pergi; sebab kalau Aku tidak pergi, Penolong itu tidak akan datang kepadamu. Tetapi kalau Aku pergi, Aku akan mengutus Dia kepadamu.[ Yohanes 16:7 ]

Tetapi kalau Roh itu datang, yaitu Dia yang menyatakan kebenaran tentang Allah, kalian akan dibimbing-Nya untuk mengenal seluruh kebenaran. Ia tidak akan berbicara dari diri-Nya sendiri tetapi mengatakan apa yang sudah didengar-Nya, dan Ia akan memberitahukan kepadamu apa yang akan terjadi di kemudian hari. [ Yohanes 16:13 ]

Katakanlah lagi: “Bukanlah aku seorang Rasul pembawa ugama yang berlainan dari ugama yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang telah lalu), dan aku tidak mengetahui apa yang akan dilakukan kepadaku dan kepada kamu. Aku tidak melakukan sesuatu melainkan menurut apa yang diwahyukan kepadaku, dan aku tidak lain hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata”[ Al-Ahqaf : 9 ]

Demi bintang semasa ia menjunam, -
Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).
Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.
Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.[ Al-Najm : 1-4 ]

Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum turunnya Al-Quran ini, dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu; (kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu). [ Al-Ankabut : 48 ]

(Al-Quran tetap datangnya dari Allah dengan tidak syak lagi) bahkan ia ayat-ayat keterangan yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam dada orang-orang yang berilmu; dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang-orang yang zalim.[ Al-Ankabut : 49 ]

Konsep Ketuhanan Kristian & Islam

Satu Tuhan Yang Maha Esa tiada yang lain……dan tidak satu pun di Alam ini sama dengan-NYA

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.[ Al-Ikhlas : 1-4 ]

Saudara-saudara, ingatlah! Hanya TUHAN, dan TUHAN saja Allah kita! [ Ulangan 6 :4 ]

Yesus menjawab, "Perintah yang pertama, ialah: 'Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa. [ Markus 12:29 ]

Syirik @ menyamakan Tuhan dengan makhluk

Allah Tuhan Yang Esa tidak boleh disamakan atau mengambarkan DIA dengan satu apa pun isi alam…..Hukumnya adalah dosa paling besar!

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.[ An-Nisa : 48 ]

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.[ An-Nisa : 116 ]

Jangan membuat bagi dirimu patung yang menyerupai apa pun yang ada di langit, di bumi atau di dalam air di bawah bumi.
Jangan menyembah patung semacam itu, karena Akulah TUHAN Allahmu, dan Aku tak mau disamakan dengan apa pun. Orang-orang yang membenci Aku, Kuhukum sampai kepada keturunan yang ketiga dan keempat. [ Keluaran 20: 4-5 ]

Jangan menyembah tuhan-tuhan lain. Sembahlah Aku saja.
Jangan membuat bagi dirimu patung yang menyerupai apa saja yang ada di langit, di bumi atau di dalam air di bawah bumi.
Jangan menyembah patung semacam itu karena Aku TUHAN Allahmu dan tak mau disamakan dengan apa pun.[ Ulangan 5 : 7-9 ]

Tanggal kasut sebelum masuk ke Rumah Ibadah

Beradap sopan serta menjaga kebersihan semasa masuk ke rumah ibadah @ Masjid bagi penganut Islam. Adakah perkara yang sama dilakukan oleh penganut kristian?

Maka apabila ia sampai ke tempat api itu (kedengaran) ia diseru: “Wahai Musa! ” -
“Sesungguhnya Aku Tuhanmu! Maka bukalah kasutmu, kerana engkau sekarang berada di Wadi Tuwa yang suci.[ Ta-Ha : 11-12 ]

Kemudian Tuhan berkata pula, 'Lepaskan sandal yang kaupakai itu, sebab tanah di tempat kau berdiri itu adalah tanah yang suci.[ Kisah Para Rasul 7:33 ]

Lalu Allah berkata, "Jangan dekat-dekat. Buka sandalmu, sebab engkau berdiri di tanah yang suci.[ Keluaran 3:5 ]

Panglima tentara TUHAN itu menjawab, "Buka sepatumu; tanah tempat kau berdiri itu adalah tanah suci." Maka Yosua membuka sepatunya.[ Yoshua 5:15 ]

Wudhu@Ablution sebelum Solat

Menyucikan diri pada anggota badan sebelum beribadah pada Allah…………

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.[ Al-Maidah : 6 ]

Musa, Harun dan anak-anaknya membasuh tangan dan kaki mereka di situ,
Setiap kali mereka masuk ke dalam Kemah TUHAN atau mendekati mezbah[ Keluaran 40:31-32 ]

"Jangan, Guru," kata Petrus kepada Yesus, "Jangan sekali-kali Guru membasuh kaki saya!" Tetapi Yesus menjawab, "Kalau Aku tidak membasuhmu, engkau tidak ada hubungan dengan Aku."
Simon Petrus berkata, "Kalau begitu, Guru, jangan hanya kaki saya tetapi tangan dan kepala saya juga!"[ Yohanes 13:8-9 ]

Para Nabi & Rasul sujud@ Prostration sembah Allah Dan Berdoa

Sujud pada Allah Tuhan Yang Maha Esa dinyatakan sebanyak 92 kali dalam Al-Quran. Sujud menunjukkan jasad & roh manusia ini kerdil dihadapan Allah dan mengharap keRedhaan Allah sebagai sifat sebenar kehambaan.

“Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk “.[ Ali-Imran : 43 ]

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).[ Al-Hajj : 77 ]

Kemudian Yesus pergi lebih jauh sedikit, lalu Ia tersungkur ke tanah dan berdoa. "Bapa," kata-Nya, "kalau boleh, jauhkanlah daripada-Ku penderitaan yang Aku harus alami ini. Tetapi jangan menurut kemauan-Ku, melainkan menurut kemauan Bapa saja."[ Matius 26:39 ]

Lalu sujudlah Abram, kemudian Allah berkata"Inilah perjanjian yang Kubuat dengan engkau: Aku berjanji bahwa engkau akan menjadi bapak leluhur banyak bangsa. Oleh karena itu namamu bukan lagi Abram, melainkan Abraham.[ Kejadian 17:3-4 ]

Musa dan Harun pergi menjauhi orang-orang itu lalu berdiri di dekat pintu Kemah TUHAN. Mereka sujud, lalu cahaya kehadiran TUHAN menyinari mereka.[ Bilangan 20:6 ]

"Bukan kawan, dan juga bukan lawan," jawab orang itu. "Aku datang ke sini sebagai panglima tentara TUHAN." Mendengar itu Yosua segera sujud menyembah orang itu. Yosua berkata, "Saya ini hamba Tuan. Apa yang dapat saya lakukan untuk Tuan?"[ Yoshua 5:14 ]

Ketika rakyat Israel melihat api turun dari langit dan cahaya kehadiran TUHAN memenuhi Rumah TUHAN, mereka tersungkur di lantai lalu menyembah serta memuji Allah, karena Ia baik dan kasih-Nya kekal abadi.[ Tawarikh-2 7:3 ]

Marilah kita sujud menyembah Dia, berlutut di hadapan TUHAN, pencipta kita.[ Mazmur 95:6 ]

Ezra berkata, "Pujilah TUHAN, Allah yang besar!" Seluruh rakyat mengangkat tangan tinggi-tinggi dan menjawab, "Amin, amin!" Lalu mereka sujud menyembah Allah.[ Nehemia 8:6 ]

Berpuasa @ Saum(Fasting)

Umat Islam berpuasa sebulan penuh dalam bulan Ramadhan berdasarkan kiraan pergerakan bulan. Mula berpuasa tidak makan & minum dari terbit matahari hingga terbenam matahari.

Berpuasa mampu melatih diri menentang nafsu dan ia membawa kebaikkan kepada sistem badan terutama usus & merendahkan tahap kolestrol badan.

Ia juga satu hikmah agar kita merasai kesusahan fakir miskin dalam menjalani kehidupan dalam serba kekurangan & membantu mereka atas kesedaran ini.

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.[ Al-Baqarah : 183 ]

‘’Tetapi roh jahat yang semacam ini, hanya bisa diusir oleh doa dan puasa saja."[ Matius 17 : 21]

Yesus menjawab, "Roh jahat semacam itu tidak dapat diusir dengan cara apa pun, selain dengan doa dan puasa."[ Markus 9 : 29 ]

Ibadah Haji & Ziarah

Ibadah Haji adalah Rukun Islam yang Ke-5, ia wajib dilakukan sekali seumur hidup jika berkemampuan. Ketika ibadah haji dilakukan di tanah suci Makkah, hampir 2.5 Juta manusia dari seluruh dunia berkumpul. Mereka hanya memakai 2 helai pakaian tanpa jahit lagi putih, ketika ini tiada lagi beza warna kulit, bangsa, bahasa, negara, miskin, kaya, tinggi & rendah…..semua bersatu dengan membawa hati hanya untuk Allah SWT.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).[ Al-Hujurat : 13 ]

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): “Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu, dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang).
“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.[ Al-Hajj : 26-27 ]

Sungguh bahagia orang yang tinggal di Rumah-Mu, dan menyanyikan pujian bagi-Mu selalu.
Bahagialah orang yang mendapat kekuatan daripada-Mu, dan yang berhasrat mengadakan ziarah ke Gunung Sion.
Sementara mereka berjalan melalui lembah Baka, tempat itu mereka ubah menjadi mata air, hujan pertama melimpahinya dengan berkat.[ Mazmur 84 : 4-7 ]

Larangan meminum minuman keras & memabukkan

Tiada apa yang istimewa pada minuman keras dan ia hanya membawa keburukan kepada manusia.

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.[ Al-Maidah : 90 ]

Minuman keras membuat orang kurang ajar dan ribut. Bodohlah orang yang minum sampai mabuk.[ Amsal 20 : 1 ]

Janganlah kalian mabuk oleh anggur, sebab itu akan merusakkan kalian. Sebaliknya, hendaklah kalian dikuasai oleh Roh Allah.[ Efesus 5 : 18 ]

Memakan makanan Halal & Suci sahaja

Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka)…………………..[ Al-Maidah : 5 ]

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.[ Al-Baqarah : 173 ]

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.[ Al-Maidah : 3 ]

Setiap orang Israel atau orang asing yang makan daging binatang yang mati dengan sendirinya atau mati diterkam binatang buas, harus mencuci pakaiannya lalu mandi dan menunggu sampai matahari terbenam, barulah ia menjadi bersih.[ Imamat 17 : 15 ]

Binatang yang mati dengan sendirinya tak boleh kamu makan…….[ Ulangan 14 : 21 ]

Hanya darahnya tidak boleh dimakan, tetapi harus ditumpahkan ke tanah seperti air.[ Ulangan 12 : 16 ]

Satu-satunya yang tidak boleh kamu makan ialah daging yang masih ada darahnya, sebab nyawa itu ada di dalam darah.[ Kejadian 9 : 4 ]

Larangan memakan daging babi

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah”. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.[ Al-Nahl : 145 ]

Jangan makan babi. Binatang itu haram, karena walaupun kukunya terbelah, ia tidak memamah biak.[ Imamat 11:7 ]

Jangan makan babi. Binatang itu haram, karena walaupun kukunya terbelah, ia tidak memamah biak. Dagingnya tak boleh dimakan, bangkainya tak boleh disentuh.[ Ulangan 14 : 8 ]


Pakaian menutup aurat

Memakai pakaian yang menutup aurat bukan seksi yang mampu menaikkan nafsu sesiapa yang memandangnya. Ajaran Islam itu sempurna…..namun kemodenan dari barat telah meracun fikiran kita. Lalu amalan itu ditolak kerana dituduh kuno…..

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.[ An-Nur : 30-31 ]

"Kalian tahu bahwa ada ajaran seperti ini: Jangan berzinah.
Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: barangsiapa memandang seorang wanita dengan nafsu berahi, orang itu sudah berzinah dengan wanita itu di dalam hatinya.[ Matius 5 : 27-28 ]

Memakai hijap @ menutup kepala adalah amalan Islam dan kristian dahulu seperti Mariam Bonda tercinta Nabi Isa AS@Jesus PBUH. Persoalannya adalah kenapa hanya Muslim yang menutup kepala mereka semasa keluar rumah @ dari pandangan lelaki bukan muhrim tetapi tidak penganut kristian sekarang? Bukankah Mariam@Virgin Mary itu contoh terbaik kepada kesopanan seorang wanita?

Orang perempuan tak boleh berpakaian seperti laki-laki dan orang laki-laki tak boleh berpakaian seperti perempuan, sebab orang yang berbuat begitu dibenci TUHAN Allahmu.[ Ulangan 22 : 5 ]

Hendaklah kaum wanita menghias dirinya dengan sederhana dan memakai pakaian yang sopan. Jangan memakai potongan rambut yang menyolok atau perhiasan-perhiasan emas atau mutiara, atau pakaian yang mahal-mahal.[ 1Timotius 2 : 9 ]

Dan kalau seorang wanita pada waktu berdoa atau pada waktu menyampaikan berita dari Allah di hadapan banyak orang, tidak memakai tutup kepala, maka wanita itu menghina suaminya yang menjadi kepala atas dirinya. Itu sama saja seolah-olah kepala wanita itu sudah dicukur.
Sebab kalau seorang wanita tidak mau memakai tutup kepala lebih baik rambutnya digunting. Tetapi kalau seorang wanita dicukur kepalanya atau digunting rambutnya, maka itu suatu penghinaan bagi dia. Oleh sebab itu lebih baik ia memakai tutup kepala.[ 1Korintus 11 : 5-6 ]

Berkhatan@Khitan

Berkhatan adalah satu hikmah kebersihan dalam Islam…………..

  1. asas kebersihan dalam Islam
  2. untuk perbezaan agama ( namun pada hari ini, khatan juga dilakukan oleh bukan Muslim )
  3. mencantikkan bentuk kemaluan
  4. memelihara tenaga batin
  5. sunah Nabi Ibrahim a.s dan Rasulullah
  6. mengelakkan zakar terkurung di dalam kulup ketika sedang ereksi atau menegang
  7. menghindarkan dari penyakit
  8. mengurangkan keinginan onani ketika anak-anak baru baligh

Berkhatan juga dikatakan dapat menghindarkan diri dari terkena sebarang penyakit berbahaya seperti HIV dan kelamin

"Bersihkanlah dirimu dari rambut kufur dan berkhatanlah." [ Hadith Riwayat Iman Ahmad dan Abu Daud ]

Engkau dan semua keturunanmu yang laki-laki harus disunat.
Mulai dari sekarang engkau harus menyunatkan setiap bayi laki-laki yang berumur delapan hari, termasuk para hamba yang lahir di rumahmu atau yang kaubeli. Sunat itu akan menjadi tanda dari perjanjian antara Aku dan kamu.
Setiap orang harus disunat, dan itu akan menjadi tanda lahiriah yang menunjukkan bahwa perjanjian-Ku denganmu itu kekal.
Setiap laki-laki yang tidak disunat tidak lagi dianggap anggota umat-Ku karena ia tidak berpegang pada perjanjian itu."[ Kejadian 17: 10-14 ]

Sesudah berumur delapan hari, anak itu disunat. Dan mereka menamakannya Yesus, nama yang diberikan malaikat kepada-Nya sebelum Ia dikandung ibu-Nya.[ Lukas 2 : 21 ]

Ucapan Insya-Allah @ Dengan Izin Allah oleh Nabi Isa AS@Jesus PBUH

Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”. Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “Insya-Allah”. Dan ingatlah akan tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan tuhanku memimpinku ke jalan pertunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”. [ AL-Kahfi : 23-24 ]

Saudara-saudara yang berkata, "Hari ini atau besok kami akan berangkat ke kota anu dan tinggal di sana setahun lamanya untuk berdagang dan mencari uang," --dengarkanlah nasihat saya ini.
Apa yang akan terjadi dengan kehidupanmu besok, kalian sendiri pun tidak mengetahuinya! Kalian hanya seperti asap yang sebentar saja kelihatan, kemudian lenyap.
Seharusnya kalian berkata begini, "Kalau Tuhan memperkenankan, kami akan hidup dan melakukan ini atau itu."[ Yakobus 4: 13-15 ]

Sujud ke Arah Kiblat@Rumah Allah

"Dan dari mana saja engkau keluar (untuk mengerjakan solat) maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Ka'bah) dan dimana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi sebarang alasan bagi orang yang menyalahi kamu, kecuali orang yang zalim diantara mereka (ada saja yang mereka jadikan alasannya). Maka janganlah kamu takut kepada cacat cela mereka dan takutlah kamu kepada-Ku semata-mata dan supaya Aku sempurnakan nikmat-Ku kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar)".[ Al-Baqarah : 150 ]

Tetapi karena kasih-Mu yang besar, aku boleh masuk ke dalam Rumah-Mu. Kusujud ke arah Rumah-Mu yang suci, dan kusembah Engkau dengan khidmat[ Mazmur 5:8 ]

Ucapan Assalamualaikum @ Salam Sejahtera

Dan sesungguhnya telah datang malaikat utusan-utusan kami kepada Nabi Ibrahim, dengan membawa berita yang mengembirakan. Lalu mereka memberi salam dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim)”. Nabi Ibrahim menjawab: “Salam sejahtera kepada kamu”. Maka tidak berapa lama selepas itu, ia membawa jamuan untuk mereka: seekor anak lembu yang dipanggang.[ Hud : 69 ]

Sementara mereka masih bercerita, tiba-tiba Yesus sendiri berdiri di tengah-tengah mereka dan berkata, "Sejahteralah kalian!"[ Lukas 24:36 ]

Lalu Yesus berkata kepada mereka sekali lagi, "Salam sejahtera bagimu. Seperti Bapa mengutus Aku, begitu juga Aku mengutus kalian."[ Yohanes 20:21 ]

Penutup

Setiap orang Islam wajib mematuhi semua arahan Allah SWT & Nabi Muhammad SAW tanpa sebarang alasan. Kerana arahan tersebut hanya membantu orang Islam hidup lebih sempurna di dunia & sebagai bekalan akhirat kelak. Namun kami umat Islam sering tertanya-tanya dimanakah amalan seperti diatas telah di amal oleh penganut kristian sekarang? Ketika kamu penganut kristian menolaknya, kami penganut Islam mengamalkannya. Jika Nabi Isa AS@Jesus PBUH kembali ke dunia…..siapakah yang bakal baginda kenali sebagai Anak-Anak Tuhan@ Hamba-Hamba Allah? Dan bersaksi lah Nabi Isa AS@Jesus PBUH hanya mengenali kami umat Islam sebagai Penganut Agama Allah yang sebenar……………Fikirkan & Renungkan kata-kata ini!

Nabi Isa AS@Jesus PBUH akan dibangkitkan Allah kali ke-2 menjelang Hari Kiamat dan menjadi Pemimpin Agama & Kerajaan bersama-sama Iman Mahdi, sesuai dengan Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud :

Sesungguhnya Kami telah membunuh Al Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahwa yang mereka bunuh itu adalah Isa. Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Tidak ada seorangpun dari Ahli Kitab, kecuali akan beriman kepadanya (Isa) sebelum kematiannya. Dan di hari Kiamat nanti Isa itu akan menjadi saksi terhadap mereka. [ An-Nisaa : 157-159 ]

Dan menjelang Hari Kiamat Nabi Isa AS@Jesus PBUH akan menghalau kamu penganut kristian yang menjadikan baginda Tuhan Kristian :

Pada Hari Kiamat banyak orang akan berkata kepada-Ku, 'Tuhan, Tuhan, bukankah dengan nama-Mu kami sudah menyampaikan pesan Allah? Dan bukankah dengan nama Tuhan juga kami sudah mengusir roh-roh jahat serta mengadakan banyak keajaiban?'
Tetapi Aku akan menjawab, 'Aku tidak pernah mengenal kalian! Pergi dari sini, kalian yang melakukan kejahatan!'"[ Matius 7:22-23 ]

Sekian........................

  • ~BismillahirRahmanirRahim ~

    ~Demi Masa~

    ~Dirikan Solat~

    Kekasih Awal & Akhir

    Kekasih Awal & Akhir
    Malam menanti siang
    Siang menanti malam
    Bagai berkurun lamanya
    Masa memisahkan kita
    Hingga terlupa
    Pada paras lupa

    Malam mencari mimpi
    Siang mencari erti
    Tersingkap seribu makna
    Terucap seribu kata
    Terlepaslah... rahsia

    Sekian lama terpisah
    Akhirnya bertemu
    Mengenang dosa
    Mengenang rindu
    Dan ternyatalah
    Cintaku yang satu

    KAU kekasih awal dan akhir
    KAU kekasih zahir dan batin
    Setelah ku sedari
    CintaMU yang abadi

    Takku harap takku peduli
    Walau bulan jatuh kebumi
    Dan hadir bidadari
    Tak kumimpikan lagi

    Kerana kau lebih mengerti
    Kerana kau lebih mengerti...................

    Kekasih Yang di Rindu

    Kekasih Yang di Rindu
    Ya Rasul Ya Habib Salamun 'Alaik

    Aku duduk sendirian merindu
    Pemergian seorang kekasih
    Walau lama penantianku ini
    Aku yakin pasti bertemu

    Aku tahu padanya tiada mungkir
    Kerna itu bukanlah sifatnya
    Di akhirat kan bersua lagi
    Dengan mereka yang merinduinya

    Kerna dia telah pun berjanji
    Akan memberi syafaatnya nanti
    Saat itu pasti kan terjadi
    Pada umatnya yang bertakwa

    Telah beribu tahun sudah berlalu
    Keagungannya pernah berlaku
    Sejarahnya akan berulang lagi
    Sebelum tibanya kehancuran

    Namun yang percaya hanyalah mereka
    Yang rindukan kekasih
    Namun yang merindu hanyalah mereka
    Yang selalu berselawat

    Ya Nabi Ya Rasul Salamun 'Alaik
    Ya Habib Salamun 'Alaik

    “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” [ Al-Ahzab : 56 ]

    Satu

    Satu
    Aku ini adalah diriMU
    Cinta ini adalah cintaMU
    Aku ini adalah diriMU
    Jiwa ini adalah jiwaMU
    Rindu ini adalah rinduMU
    Darah ini adalah darahMU

    Tak ada yang lain selain diriMU
    yang selalu ku puja
    Ku sebut namaMU di setiap hembusan nafaskuKu
    sebut namaMU, Ku sebut namaMU

    Dengan tanganMU aku menyentuh
    Dengan kakiMU aku berjalan
    Dengan mataMU aku memandang
    Dengan telingaMU aku mendengar
    Dengan lidahMU aku bicara
    Dengan hatiMU aku merasa

    Larut

    Larut
    Mungkin aku pernah juga..
    Merasakan cinta..
    Tapi tak pernah..seindah ini..
    Mungkin aku juga pernah
    Merasakan rindu..
    Tapi tak pernah
    Sedalam ini

    Mungkin kamu takkan pernah..percaya..
    Bahwa sesungguhnya..aku telah terjatuh.

    Kuakui aku telah larut
    Larut ke dalam
    KAMU yang kucintai

    Penghujung Rindu

    Penghujung Rindu
    Bila kekasih mengundang aku pulang
    Mahligai menanti penuh gemilang
    Bila kekasih menyingkap tabir cinta
    Tiada terbatas dengan kata-kata

    Dapatkah aku membalas dengan air mata
    Tanda syukur menerima
    Setelah sekian lama
    Menghamba hidup pada dunia

    Seribu tahun takkan sama
    Sesaat bersatu dalam nyata
    Kerna kasih ku sanggup korbankan
    Jasad dan nyawa

    Terang bulan kerana mentari
    Hadir bayang kerana cahaya
    Begitulah cinta kita
    Tiada jarak pemisah lagi
    Tiada garis sempadan budi

    Aku terima dan jua memberi
    Seikhlas hati Seribu tahun dan sejuta langkah
    Seribu tahun bersinar cinta
    Kita bertemu di penghujung rindu........

    Layar Keinsafan

    Layar Keinsafan
    Sepi benar senja ini
    Bayunya semilir, menganak ombak kecil
    Jalur ufuk pula mengemas terang
    Kapal dan layar terkapar

    Mengapa nantikan senja
    Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
    Gusar malam menghampiriKu tewas di lautan
    Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
    Tuntuniku menggapai redhaMu

    Rimbunan kasihMu ku berteduh
    KepadaMu ya Tuhan

    Berikan secebis keinsafan
    Bekalan sepanjang perjalanan
    Mencari ketenangan
    Biar Kau menjadi saksi

    Tulus tangisku kala dini hari
    Kesempatan yang hanya sebentar
    Moga keikhlasanku terlakar
    Berikanlah ku hidayah

    Agar dikuatkan iman yang lemah
    Moga diberkati hidup ini
    Menuju bahagia yang kekal abadi
    PadaMu TuhanKan kuserahkan cinta kepadaMu

    Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
    Tuntuniku menggapai redhaMu
    Rimbunan kasihMu ku berteduh
    KepadaMu ya Tuhan

    Moga diberkati hidup ini
    Menuju bahagia yang kekal abadi
    Harapanku moga dikurniakan
    Manisnya iman berpanjangan

    Sufi

    Sufi
    Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka
    Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada
    Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia
    Biar rebah di hina kau tak berubah

    Kau menguasai selautan
    Yang tersembunyi di genggaman
    Nafi dan isbat kau sandingkan
    Sebagai tali pegangan

    Sufi kau hilang di pandangan
    Ada di dalam kenikmatan
    Engkau dan DIA pasti tidak akan terpisah
    Andai tertutup tirai sufi
    Yang terang tidak nampak terang

    Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan
    Inginku tempuh titianmu
    Dari kekasih ke Kekasih
    Pengabdianku bersamaMU kasih
    Biar rebah di hina kau tak berubah
  • ~Asma ul Husna~

    ~Pengunjung~

    ~Jenis Artikel~

    :: Hamba kerdil mencari cinta ~

    My photo
    ~Selamat datang kepada semua musafir dunia sekalian. Blog ini melambangkan biduk dakwah saya dalam pelayaran kehidupan seumpama cahaya kerdipan bintang-bintang di langit yang menjadi tanda arah kepada pelayar-pelayar. Saya layarkan ilmu hakikat dan penbandingan agama dalam mencari kebenaran di bawah satu cahaya yg HAQ. Kerana Allah jualah yg melayarkan kapal-kapal di lautan luas. Fahami benar-benar wahai saudaraku, kerana "JALAN" itu tidak nampak dek mata dan kita harus menusurinya untuk bahagia Dunia & Akhirat. Jika kamu tanya dengan apakah kita menusurinya....Ku katakan dengan "CINTA ALLAH" itu lah kenderaan mu akan membawa kepadaNYA. Tiada Wujud melainkan WujudMU Allah dan Muhammad PenyampaiNYA.

    Rahsia A'KU

    Rahsia A'KU
    Wahai yang tidak aku kenali
    Ku panjat gunung yang tinggi
    Sangkaku ENGKAU berada di puncaknya
    Namun tidak ku temui ENGKAU di sana

    Lalu aku terjun dari puncak gunung
    Jika Engkau ada pasti ENGKAU tidak membiarkan daku.

    Tangan Kudrat Iradat-MU menyambar ku
    Aku terbang dengan sayap Rahmani-MU
    Mengembara ke seluruh alam maya
    Namun tidak ku temui ENGKAU di dalam alam

    Hatiku mengatakan ENGKAU ada
    Lalu aku keluar daripada alam
    Dan aku terjun ke dalam hatiku

    Di sana aku temui kebodohanku
    Bodohnya aku menyangka akulah Aku
    Sedangkan DIA jualah Aku
    Dan aku tiada beserta DIA

    Bila aku tiada beserta DIA
    Tinggallah DIA sendirian
    Rindulah DIA kepada diriku
    Lalu Dia terjun ke dalam hatinya
    Di sana DIA berjumpa Aku
    Aku menyambutnya dengan tersenyum

    Aku dan DIA
    DIA dan Aku
    Bukan dua dan bukan Satu
    Satu masih berbentuk
    Masih berjarak titik atas dengan bawah

    Sedangkan Aku dan Dia tiada antara
    Bukan juga titik yang halus
    Titik yang halus masih menempati ruang
    sedangkan Aku dan Dia
    Tiada rupa tiada bentuk tiada ruang tiada zaman

    Aku adalah DIA
    DIA adalah Aku
    Tiada beza antara Aku dan DIA
    Bila aku cuba mengenali DIA
    Aku tidak kenal lagi diriku

    Aku tidak kenal lagi diri DIA
    Bila dia cuba mengenali diriku
    DIA tidak kenal lagi dirinya
    DIA tidak kenal lagi diriku

    Tiada lagi kenyataan
    Tiada juga keghaiban
    Pengenalan sebenar adalah tidak kenal
    Pengetahuan sebenar adalah tidak tahu

    Aku adalah rahsia DIA
    DIA adalah rahsia Aku
    Usah diganggu rahsia ini.....

    Keliru

    Keliru
    Ditepian simpang ini sejenak aku terhenti
    Terbayanglah bagaimana pengembaraan ku bermula
    Ku tingalkan segala yang kusayang dan cinta
    Hanya untuk mencari satu identiti 'Diri yang murni'

    Setelah tejerat dalam dilema aku mengerti
    Bagaimana sukarnya 'Mengenal diri sendiri'
    Hanyutlah aku dalam arus hidup yang tak menentu
    Maka timbul kesedaaran yang aku selama ini keliru

    Kupandukan cahayaMU dari MU Ilahi
    Aku bersujud mohon doa mohon rahmat memohon restu MU
    Kau senangkanlah mudahkanlah perjalanan hidup ku
    Selama ini aku terpedaya dan keliru.

    Jika Cinta Allah

    Jika Cinta Allah
    Pernahkan kamu merasa bahagia
    Di saat kamu ada bersama kekasih hatimu
    Jauh pun terasa dekat,sakit pun terasa nikmat
    Hidup pun seperti bersama malaikat

    Badai hanya serasa seperti hujan
    Terik matahari seperti sejuk saja
    Tak ada masalahTakkan ada gulita bila isi hatimu
    Penuh dengan rasa cinta, cinta kepada Allah
    Takkan ada air mata jika isi hatimu

    Penuh dengan rasa rindu, rindu kepada Allah
    Pernahkah kamu merasa damai
    Saat sang kekasih ada selalu di sisimu setiap waktu
    Caci maki serasa seperti puji-pujian
    Dan suara sumbang sepertinya merdu

    Jika kamu cinta kepada Allah....

    Misteri Cinta

    Misteri Cinta
    Ketika pertama kali
    JiwaMU ingin selalu dekat
    Dengan jiwaku yang belum bisa
    Menterjemahkan segala

    Arti pertemuan ini
    Arti cumbu rayu ini
    Yang mungkin bisa memusnahkan
    Kenyataan hidup yang terjadi

    Ketika jiwaMU
    Merasuk ke dalam
    Aliran darahku dan meracuniku
    Ketika jiwaMU, memeluk hatiku
    Dan biarkan jiwaku cumbui jiwaMU

    Ketika kamu, aku
    Melebur menjadi SATU
    Dan hanya waktu yang mungkin bisa
    Memahami apa yang terjadi

    Apa yang sedang kurasa
    Apa yang sedang KAU rasa
    Adalah cinta yang tak bisa
    Dijelaskan dengan kata-kata

    ~Pembaca Setia~