Agama Kristian

Kristian adalah agama semitic dan mendakwa memiliki penganut kira-kira 1.2 Billion seluruh dunia. Nama Kristian berasal dari nama Jesus Christ dan memiliki kitab suci The Holy Bible sebagai kitab penganut agama kristian.

Bible terbahagi kepada dua bahagian iaitu Penjanjian Lama(Taurat) mengandungi Kitab Suci Penganut Yahudi dan mencatatkan banyak sumber sejarah Nabi & Rasul dari bangsa israel. Manakala Penjanjian Baru pula merekodkan kisah hidup Nabi Isa@Jesus AS.

Bible tidak pernah wujud dalam bahasa asal Kitab Injil ( Rukun Iman-Percaya kepada Kitab Allah) kerana Kitab Injil menggunakan bahasa Hebrew dan Nabi Isa AS boleh bertutur dalam banyak bahasa antara yang terutama adalah bahasa hebrew(Israel) & bahasa armaic (Syria). Ini berlaku kerana proses alih bahasa dari Hebrew kepada bahasa yunani (Greek), maka Injil bertukar kepada Bible, Messiah kepada Christ dan Iso’ kepada Jesus. Lalu Bible Yunani ini pula di alih bahasa lagi kepada bahasa english dan lain bahasa di dunia.

Kitab Bible yang lengkap mengandungi Penjanjian Lama & Penjanjian Baru. Walaubagaimana pun Bible Prostestan versi King James hanya mengiktiraf 66 Kitab sebagai Penjanjian Lama dan 7 Kitab lain sebagai Kitab Zabur. Oleh itu Kitab Bible Katolik mengandungi 46 Kitab dan Kitab Bible Prostestan 39 Kitab dan kedua-dua mazhab kristian ini menerima 27 Kitab dari Penjanjian Baru.

Kedudukan Nabi Isa AS@Jesus PBUH dalam Islam

1. Islam satu-satunya bukan penganut kristian yang beriman kepada Nabi Isa AS/Jesus PBUH, dan tidak menjadi Muslim sekiranya orang Islam tidak beriman kepada Para Nabi & Rasul utusan Allah termasuk Rasul Ulul Azmi Nabi Isa AS/Jesus PBUH.

2. Penganut Islam percaya bahawa Nabi Isa AS/Jesus PBUH adalah salah satu persuruh & utusan Allah kepada Bangsa Israel.

3. Kami Penganut Islam percaya sebulat-hati bahawa Nabi Isa AS/Jesus PBUH dilahirkan tanpa bapa, dan sains moden menolak kepercayaan ini kerana ia luarbiasa.

4. Kami percaya bahawa Nabi Isa AS/Jesus PBUH adalah Al-Masih(Messiah) yang diterjemah kepada Christ.

5. Kami percaya bahawa Nabi Isa AS/Jesus PBUH menghidupkan orang mati dengan mukjizat kenabian baginda di atas kekuasaan Allah SWT.

6. Kami percaya bahawa Nabi Isa AS/Jesus PBUH menyembuhkan penyakit buta & sopak atas kekuasaan & Keizinan Allah SWT.

Firman Allah tentang Nabi Isa AS/Jesus PBUH yang bermaksud :

Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.[ Al-Maidah : 46 ]

(Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa ibni Maryam! Kenanglah nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu dengan Ruhul-Qudus (Jibril), iaitu engkau dapat berkata-kata dengan manusia (semasa engkau masih kecil) dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) ketika Aku mengajarmu menulis membaca, dan hikmat pengetahuan, khasnya Kitab Taurat dan Kitab Injil; dan (ingatlah) ketika engkau jadikan dari tanah seperti bentuk burung dengan izinKu, kemudian engkau tiupkan padanya, lalu menjadilah ia seekor burung dengan izinku; dan (ingatlah ketika) engkau menyembuhkan orang buta dan orang sopak dengan izinku; dan (ingatlah) ketika engkau menghidupkan orang-orang yang mati dengan izinKu; dan (ingatlah) ketika Aku menghalangi Bani Israil daripada membunuhmu, ketika engkau datang kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat), lalu orang-orang yang kafir di antara mereka berkata: “Bahawa ini hanyalah sihir yang terang nyata”[ Al-Maidah : 110 ]

Konsep Ketuhanan Agama Kristian :

Berdasarkan Penjanjian Baru @ New Testament

Nabi Isa AS@Jesus PBUH tidak pernah mendakwa dirinya sebagai tuhan. Lalu kita bertanya, jika kedua-dua Agama Islam & Kristian menyintai Nabi Isa AS/Jesus PBUH dan menghormati baginda di manakah letaknya titik pemisah di antara kedua agama tersebut? Perbezaan besar adalah terletak pada penganut kristian menjadikan Nabi Isa AS/Jesus PBUH tuhan bersama-sama Tuhan Yang Esa. Mereka percaya bahawa Tuhan itu 1 dalam 3 dan Tuhan 3 dalam 1, konsep trinity. Manakala Islam pula sebaliknya, Allah itu hanya Satu Sahaja Tuhan Yang Esa dan Para Nabi & Rasul adalah utusan-NYA. Kajian terperinci dilakukan keatas kitab bible dan mengejutkan bahawa tiada satu pun Penyataan Tegas & Tunggal menyatakan Nabi Isa AS/Jesus PBUH sebagai tuhan yang disembah. Atau kena kata lain tiada ayat yang menyatakan Nabi Isa AS/Jesus PBUH berkata ‘’AKU TUHAN’’dan ‘’SEMBAHLAH AKU’’. Perkara ini dibuktikan sendiri oleh kitab bible menerangkan Nabi Isa AS/Jesus PBUH berdakwah sebaliknya, iaitu menyuruh pengikutnya menyembah Tuhan Yang Esa.

Inilah hidup sejati dan kekal; supaya orang mengenal Bapa, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal yesus kristus yang diutus oleh Bapa. [ Yohanes 17:3 ]

Dan Bapa yang mengutus aku juga memberi kesaksian tentang aku. Kalian belum pernah mendengar suara-Nya atau melihat rupa-Nya.[ Yohanes 5:37 ]

"Aku tak dapat berbuat apa-apa atas kemauan ku sendiri. aku hanya menghakimi sesuai dengan yang diperintahkan Allah. Dan keputusan ku adil, sebab aku tidak mengikuti kemauan sendiri, melainkan kemauan Bapa yang mengutus aku.[ Yohanes 5:30 ]

Yesus menjawab, "Perintah yang pertama, ialah: 'Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan Allah kita, Tuhan itu Esa. [ Markus 12:29 ]

Firman Allah SWT kepada penganut kristian yang bermaksud :

Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam”. Padahal Al-Masih sendiri berkata:” Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim”.[Al-Maidah : 72 ]

Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ‘ ” Nabi `Isa menjawab: “Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya). Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.[ Al-Maidah : 116 ]

Nabi Isa AS@Jesus PBUH dan menyempurnakan Misi Dakwah berdasarkan hukum taurat.

"Janganlah menganggap bahwa aku datang untuk menghapuskan hukum musa dan ajaran nabi-nabi. aku datang bukan untuk menghapuskannya, tetapi untuk menunjukkan arti yang sesungguhnya.
Ingatlah! Selama langit dan bumi masih ada, satu huruf atau titik yang terkecil pun di dalam hukum itu, tidak akan dihapuskan, kalau semuanya belum terjadi!
Oleh karena itu, barangsiapa melanggar salah satu dari perintah-perintah itu, sekalipun yang terkecil, dan mengajar orang lain berbuat begitu juga, akan menjadi yang paling kecil di antara umat Allah. Sebaliknya, barangsiapa menjalankan perintah-perintah itu dan mengajar orang lain berbuat begitu juga, akan menjadi besar di antara umat Allah.
Jadi, ingatlah: Kalian tidak mungkin menjadi umat Allah, kalau tidak melebihi guru-guru agama dan orang-orang Farisi dalam hal melakukan kehendak Allah!"[ Markus 5 : 17-20 ]

Firman Allah tentang dakwah Nabi Isa AS/Jesus PBUH yang bermaksud :

Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.[ Al-Maidah : 46 ]

Nabi Isa AS@Jesus PBUH seorang Nabi & Rasul Utusan Tuhan Yang Maha Esa.

Dibawah adalah penyataan dari kitab bible yang menyokong kepercayaan penganut Islam.

"Peristiwa apa?" tanya Yesus. "Peristiwa yang terjadi dengan yesus, orang dari nazaret itu," jawab mereka. "Ia nabi. kata-katanya dan perbuatan-perbuatannya berkuasa sekali--baik menurut pandangan Allah maupun menurut pandangan semua orang.[ Lukas 24:19 ]

Yesus menjawab, "aku diutus hanya kepada bangsa Israel, khususnya kepada mereka yang sesat." [ Matius 15:24 ]

"Jangan pegang aku," kata yesus kepadanya, "karena aku belum naik kepada Bapa. Tetapi pergilah kepada saudara-saudara ku, dan beritahukanlah kepada mereka bahwa sekarang aku naik kepada Bapaku dan Bapamu, Allahku dan Allahmu."[ Yohanes 20:17 ]

Dan (akan melantiknya) menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, (dengan menegaskan kepada mereka): “Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa satu tanda (mukjizat) dari tuhan kamu, iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah; dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak, dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda (mukjizat) bagi kamu (yang membuktikan kebenaran bahawa aku seorang Rasul yang diutus oleh Allah kepada kamu), jika kamu orang-orang yang (mahu) beriman.[ Ali-Imran : 45-49]

Nabi Isa AS@Jesus PBUH menolak & membuang dakwaan penganut kristian ketika ini, bahawa baginda telah disalib untuk menebus dosa-dosa manusia. Ini berdasarkan catatan dari kitab bible :

Pada suatu hari seorang laki-laki datang kepada Yesus. "pak guru," katanya, "perbuatan baik apa yang harus kulakukan supaya dapat menerima hidup sejati dan kekal?"
Yesus menjawab, "Mengapa engkau bertanya kepada ku mengenai apa yang baik? Hanya ada Satu yang baik. Kalau engkau ingin hidup, engkau harus taat kepada perintah-perintah Allah."[ Markus 19 : 16-17 ]

Malah muridnya sendiri tidak memanggil Nabi Isa AS/Jesus PBUH sebagai Tuhan tetapi dengan panggilan Guru. Nah! Bukankah itu penyataan bahawa penganut kristian dahulu berbeza sekali dengan penganut kristian kini. Hanya mematuhi hukum Allah sahaja melayakkan manusia menghuni syurga Tuhan bukan.

Perkara sama Allah SWT berfirman dalam Al-Quran :

Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan”.[ Ali-Imran : 55 ]

Hukum pertama adalah Tuhan itu Satu! Kitab Bible tidak menyokong amalan penganut ajaran kristian masakini dan Nabi Isa AS/Jesus PBUH mengajar dan menerangkan perihal ajaran yang sama seperti ajaran awal Nabi Musa AS/Moses PBUH iaitu :

"Shama Israelu Adonai Ila Hayno Adonai Ikhad." Dalam bahasa Hebrew atau maksudnya :

Yesus menjawab, "Perintah yang pertama, ialah: 'Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan Allah kita, Tuhan itu Esa. [ Markus 12:29 ]

Jelas sekali disini bahawa ajaran kristian masakini sudah jauh tersasar dari ajaran asal Nabi Isa AS/Jesus PBUH. Dimanakah letaknya hukum trinity dan penebusan dosa? Jawapan ia biar lah kalian saudara penganut kristian yang menjawapnya bukan saya penganut Islam.

Dan Allah SWT telah berfirman & bersaksi bahawa Para Nabi & Rasul adalah utusan-Nya dan hanya menyampaikan ajaran tauhid Tuhan yang Esa :

Katakanlah lagi: “Bukanlah aku seorang Rasul pembawa ugama yang berlainan dari ugama yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang telah lalu), dan aku tidak mengetahui apa yang akan dilakukan kepadaku dan kepada kamu. Aku tidak melakukan sesuatu melainkan menurut apa yang diwahyukan kepadaku, dan aku tidak lain hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata”[ Al-Ahqaf : 9 ]

Berdasarkan Penjanjian Lama @ Old Testament

Tuhan itu Esa! Mengikut kitab penjanjian lama jelas lagi nyata dan ajaran yang sama di anuti adalah percaya bahawa Tuhan itu Esa dan tiada yang lain dari-NYA.

"Shama Israelu Adonai Ila Hayno Adna Ikhad". Dalam bahasa Hebrew atau maksudnya :

Saudara-saudara, ingatlah! Hanya TUHAN, dan TUHAN saja Allah kita! [ Ulangan 6 :4 ]

Aku sendirilah TUHAN, selain Aku tak ada yang menyelamatkan [ Yesaya 43 : 11 ]

Akulah TUHAN, tak ada lainnya, Aku Allah Yang Maha Esa [ Yesaya 45 : 5 ]

Ingatlah kejadian-kejadian di zaman dahulu; akuilah bahwa Aku Allah, dan tak ada lainnya, Aku Allah, dan tak ada yang seperti Aku. [ Yesaya 46 : 9 ]

Larangan menyembah berhala!

Jangan membuat bagi dirimu patung yang menyerupai apa pun yang ada di langit, di bumi atau di dalam air di bawah bumi.
Jangan menyembah patung semacam itu, karena Akulah TUHAN Allahmu, dan Aku tak mau disamakan dengan apa pun. Orang-orang yang membenci Aku, Kuhukum sampai kepada keturunan yang ketiga dan keempat. [ Keluaran 20: 4-5 ]

Jangan menyembah tuhan-tuhan lain. Sembahlah Aku saja.
Jangan membuat bagi dirimu patung yang menyerupai apa saja yang ada di langit, di bumi atau di dalam air di bawah bumi.
Jangan menyembah patung semacam itu karena Aku TUHAN Allahmu dan tak mau disamakan dengan apa pun.[ Ulangan 5 : 7-9 ]

Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment

  • ~BismillahirRahmanirRahim ~

    ~Demi Masa~

    ~Dirikan Solat~

    Kekasih Awal & Akhir

    Kekasih Awal & Akhir
    Malam menanti siang
    Siang menanti malam
    Bagai berkurun lamanya
    Masa memisahkan kita
    Hingga terlupa
    Pada paras lupa

    Malam mencari mimpi
    Siang mencari erti
    Tersingkap seribu makna
    Terucap seribu kata
    Terlepaslah... rahsia

    Sekian lama terpisah
    Akhirnya bertemu
    Mengenang dosa
    Mengenang rindu
    Dan ternyatalah
    Cintaku yang satu

    KAU kekasih awal dan akhir
    KAU kekasih zahir dan batin
    Setelah ku sedari
    CintaMU yang abadi

    Takku harap takku peduli
    Walau bulan jatuh kebumi
    Dan hadir bidadari
    Tak kumimpikan lagi

    Kerana kau lebih mengerti
    Kerana kau lebih mengerti...................

    Kekasih Yang di Rindu

    Kekasih Yang di Rindu
    Ya Rasul Ya Habib Salamun 'Alaik

    Aku duduk sendirian merindu
    Pemergian seorang kekasih
    Walau lama penantianku ini
    Aku yakin pasti bertemu

    Aku tahu padanya tiada mungkir
    Kerna itu bukanlah sifatnya
    Di akhirat kan bersua lagi
    Dengan mereka yang merinduinya

    Kerna dia telah pun berjanji
    Akan memberi syafaatnya nanti
    Saat itu pasti kan terjadi
    Pada umatnya yang bertakwa

    Telah beribu tahun sudah berlalu
    Keagungannya pernah berlaku
    Sejarahnya akan berulang lagi
    Sebelum tibanya kehancuran

    Namun yang percaya hanyalah mereka
    Yang rindukan kekasih
    Namun yang merindu hanyalah mereka
    Yang selalu berselawat

    Ya Nabi Ya Rasul Salamun 'Alaik
    Ya Habib Salamun 'Alaik

    “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” [ Al-Ahzab : 56 ]

    Satu

    Satu
    Aku ini adalah diriMU
    Cinta ini adalah cintaMU
    Aku ini adalah diriMU
    Jiwa ini adalah jiwaMU
    Rindu ini adalah rinduMU
    Darah ini adalah darahMU

    Tak ada yang lain selain diriMU
    yang selalu ku puja
    Ku sebut namaMU di setiap hembusan nafaskuKu
    sebut namaMU, Ku sebut namaMU

    Dengan tanganMU aku menyentuh
    Dengan kakiMU aku berjalan
    Dengan mataMU aku memandang
    Dengan telingaMU aku mendengar
    Dengan lidahMU aku bicara
    Dengan hatiMU aku merasa

    Larut

    Larut
    Mungkin aku pernah juga..
    Merasakan cinta..
    Tapi tak pernah..seindah ini..
    Mungkin aku juga pernah
    Merasakan rindu..
    Tapi tak pernah
    Sedalam ini

    Mungkin kamu takkan pernah..percaya..
    Bahwa sesungguhnya..aku telah terjatuh.

    Kuakui aku telah larut
    Larut ke dalam
    KAMU yang kucintai

    Penghujung Rindu

    Penghujung Rindu
    Bila kekasih mengundang aku pulang
    Mahligai menanti penuh gemilang
    Bila kekasih menyingkap tabir cinta
    Tiada terbatas dengan kata-kata

    Dapatkah aku membalas dengan air mata
    Tanda syukur menerima
    Setelah sekian lama
    Menghamba hidup pada dunia

    Seribu tahun takkan sama
    Sesaat bersatu dalam nyata
    Kerna kasih ku sanggup korbankan
    Jasad dan nyawa

    Terang bulan kerana mentari
    Hadir bayang kerana cahaya
    Begitulah cinta kita
    Tiada jarak pemisah lagi
    Tiada garis sempadan budi

    Aku terima dan jua memberi
    Seikhlas hati Seribu tahun dan sejuta langkah
    Seribu tahun bersinar cinta
    Kita bertemu di penghujung rindu........

    Layar Keinsafan

    Layar Keinsafan
    Sepi benar senja ini
    Bayunya semilir, menganak ombak kecil
    Jalur ufuk pula mengemas terang
    Kapal dan layar terkapar

    Mengapa nantikan senja
    Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
    Gusar malam menghampiriKu tewas di lautan
    Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
    Tuntuniku menggapai redhaMu

    Rimbunan kasihMu ku berteduh
    KepadaMu ya Tuhan

    Berikan secebis keinsafan
    Bekalan sepanjang perjalanan
    Mencari ketenangan
    Biar Kau menjadi saksi

    Tulus tangisku kala dini hari
    Kesempatan yang hanya sebentar
    Moga keikhlasanku terlakar
    Berikanlah ku hidayah

    Agar dikuatkan iman yang lemah
    Moga diberkati hidup ini
    Menuju bahagia yang kekal abadi
    PadaMu TuhanKan kuserahkan cinta kepadaMu

    Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
    Tuntuniku menggapai redhaMu
    Rimbunan kasihMu ku berteduh
    KepadaMu ya Tuhan

    Moga diberkati hidup ini
    Menuju bahagia yang kekal abadi
    Harapanku moga dikurniakan
    Manisnya iman berpanjangan

    Sufi

    Sufi
    Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka
    Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada
    Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia
    Biar rebah di hina kau tak berubah

    Kau menguasai selautan
    Yang tersembunyi di genggaman
    Nafi dan isbat kau sandingkan
    Sebagai tali pegangan

    Sufi kau hilang di pandangan
    Ada di dalam kenikmatan
    Engkau dan DIA pasti tidak akan terpisah
    Andai tertutup tirai sufi
    Yang terang tidak nampak terang

    Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan
    Inginku tempuh titianmu
    Dari kekasih ke Kekasih
    Pengabdianku bersamaMU kasih
    Biar rebah di hina kau tak berubah
  • ~Asma ul Husna~

    ~Pengunjung~

    ~Jenis Artikel~

    :: Hamba kerdil mencari cinta ~

    My photo
    ~Selamat datang kepada semua musafir dunia sekalian. Blog ini melambangkan biduk dakwah saya dalam pelayaran kehidupan seumpama cahaya kerdipan bintang-bintang di langit yang menjadi tanda arah kepada pelayar-pelayar. Saya layarkan ilmu hakikat dan penbandingan agama dalam mencari kebenaran di bawah satu cahaya yg HAQ. Kerana Allah jualah yg melayarkan kapal-kapal di lautan luas. Fahami benar-benar wahai saudaraku, kerana "JALAN" itu tidak nampak dek mata dan kita harus menusurinya untuk bahagia Dunia & Akhirat. Jika kamu tanya dengan apakah kita menusurinya....Ku katakan dengan "CINTA ALLAH" itu lah kenderaan mu akan membawa kepadaNYA. Tiada Wujud melainkan WujudMU Allah dan Muhammad PenyampaiNYA.

    Rahsia A'KU

    Rahsia A'KU
    Wahai yang tidak aku kenali
    Ku panjat gunung yang tinggi
    Sangkaku ENGKAU berada di puncaknya
    Namun tidak ku temui ENGKAU di sana

    Lalu aku terjun dari puncak gunung
    Jika Engkau ada pasti ENGKAU tidak membiarkan daku.

    Tangan Kudrat Iradat-MU menyambar ku
    Aku terbang dengan sayap Rahmani-MU
    Mengembara ke seluruh alam maya
    Namun tidak ku temui ENGKAU di dalam alam

    Hatiku mengatakan ENGKAU ada
    Lalu aku keluar daripada alam
    Dan aku terjun ke dalam hatiku

    Di sana aku temui kebodohanku
    Bodohnya aku menyangka akulah Aku
    Sedangkan DIA jualah Aku
    Dan aku tiada beserta DIA

    Bila aku tiada beserta DIA
    Tinggallah DIA sendirian
    Rindulah DIA kepada diriku
    Lalu Dia terjun ke dalam hatinya
    Di sana DIA berjumpa Aku
    Aku menyambutnya dengan tersenyum

    Aku dan DIA
    DIA dan Aku
    Bukan dua dan bukan Satu
    Satu masih berbentuk
    Masih berjarak titik atas dengan bawah

    Sedangkan Aku dan Dia tiada antara
    Bukan juga titik yang halus
    Titik yang halus masih menempati ruang
    sedangkan Aku dan Dia
    Tiada rupa tiada bentuk tiada ruang tiada zaman

    Aku adalah DIA
    DIA adalah Aku
    Tiada beza antara Aku dan DIA
    Bila aku cuba mengenali DIA
    Aku tidak kenal lagi diriku

    Aku tidak kenal lagi diri DIA
    Bila dia cuba mengenali diriku
    DIA tidak kenal lagi dirinya
    DIA tidak kenal lagi diriku

    Tiada lagi kenyataan
    Tiada juga keghaiban
    Pengenalan sebenar adalah tidak kenal
    Pengetahuan sebenar adalah tidak tahu

    Aku adalah rahsia DIA
    DIA adalah rahsia Aku
    Usah diganggu rahsia ini.....

    Keliru

    Keliru
    Ditepian simpang ini sejenak aku terhenti
    Terbayanglah bagaimana pengembaraan ku bermula
    Ku tingalkan segala yang kusayang dan cinta
    Hanya untuk mencari satu identiti 'Diri yang murni'

    Setelah tejerat dalam dilema aku mengerti
    Bagaimana sukarnya 'Mengenal diri sendiri'
    Hanyutlah aku dalam arus hidup yang tak menentu
    Maka timbul kesedaaran yang aku selama ini keliru

    Kupandukan cahayaMU dari MU Ilahi
    Aku bersujud mohon doa mohon rahmat memohon restu MU
    Kau senangkanlah mudahkanlah perjalanan hidup ku
    Selama ini aku terpedaya dan keliru.

    Jika Cinta Allah

    Jika Cinta Allah
    Pernahkan kamu merasa bahagia
    Di saat kamu ada bersama kekasih hatimu
    Jauh pun terasa dekat,sakit pun terasa nikmat
    Hidup pun seperti bersama malaikat

    Badai hanya serasa seperti hujan
    Terik matahari seperti sejuk saja
    Tak ada masalahTakkan ada gulita bila isi hatimu
    Penuh dengan rasa cinta, cinta kepada Allah
    Takkan ada air mata jika isi hatimu

    Penuh dengan rasa rindu, rindu kepada Allah
    Pernahkah kamu merasa damai
    Saat sang kekasih ada selalu di sisimu setiap waktu
    Caci maki serasa seperti puji-pujian
    Dan suara sumbang sepertinya merdu

    Jika kamu cinta kepada Allah....

    Misteri Cinta

    Misteri Cinta
    Ketika pertama kali
    JiwaMU ingin selalu dekat
    Dengan jiwaku yang belum bisa
    Menterjemahkan segala

    Arti pertemuan ini
    Arti cumbu rayu ini
    Yang mungkin bisa memusnahkan
    Kenyataan hidup yang terjadi

    Ketika jiwaMU
    Merasuk ke dalam
    Aliran darahku dan meracuniku
    Ketika jiwaMU, memeluk hatiku
    Dan biarkan jiwaku cumbui jiwaMU

    Ketika kamu, aku
    Melebur menjadi SATU
    Dan hanya waktu yang mungkin bisa
    Memahami apa yang terjadi

    Apa yang sedang kurasa
    Apa yang sedang KAU rasa
    Adalah cinta yang tak bisa
    Dijelaskan dengan kata-kata

    ~Pembaca Setia~